blogbongok

Selamat Hari Raya Korban

In xde kategori on November 18, 2010 at 9:39 am

Ahhhh..bukan nak tipu la bo, duduk umah 4 hari je, berat badan aku nak naik mendadak 7 kilo. Serius tak tipu, aku baru je timbang tadi. Tak tau la kalau penimbang tu yang tipu aku, tapi memang aku dapat rasa la aku da makin hebat. Jalan p dapur pun dah termengah. Haha!

Kesempatan ni diambil nak ucapkan Selamat Hari Raya Aildiladha kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Tersentuh hati aku apabila menonton satu rancangan di tv9, cita pa ntah, aku pun tak ingat. Tapi mengkisarkan mengenai seorang ustaz yang boleh dikatakan agak berada la, seorang usahawan melayu yang berjaya di negara kita ini membuat korban di salah satu perkampungan Islam di Kemboja. Terharu aku melihat kedaifan dan kesusahan kaum muslim di sana. Sampaikan lembu pun dah pandai berenang merentasi sungai nak ragut rumput. Hoho, mmg cute tengok kepala lembu je terjongol keluar. Punya la payah nak mencari makanan di sana. Kalau kita kat Malaysia ni, kalau dah jadi tokey lembu bo, dah dikira berjaya kan? kiranya boleh la nak jamu anak bini makan pizza hut. Tapi dekat kemboja nun di sana bo, penternak lembu ni tak kaya pun. Ye lah, mana ada orang mampu nak beli daging lembu.

Dipahamkan juga, hanya orang yang pernah bekerja di negara kita ataupun yang mempunyai saudara-mara di sini sahaja yang boleh dikatakan sebagai orang kaya kampung bo! Bayangkan la betapa melimpahnya rezeki di negara kita ni. Itu pun masih ramai yang tidak bersyukur. Apa yang paling menariknya, perkampungan Islam kecil di kemboja ini menggunakan tulisan jawi dan BAHASA MELAYU dalam urusan keagamaan. Agungnya bahasa kita bo!

Jadi, sebab tu la aku makan sampai nak mampos. Nikmat makanan yang kita ada ni jangan dibazirkan. Bak kata pepatah sahabatku, solehin,

“Orang tamak selalu kenyang”

Perghhh..bau sup gear box kat dapur. Banyak daging lembu korban kami dapat. Alhamdulillah. Mana taknya, abah bawak balik sebungkus, mak lagi, angah lagi. Aku plak bawak balik tulang lembu sebanyak yang mungkin. Hoho! gearbox tu menjadi milik aku! Mak aku tengah masak tu. Siap la ngko tulang lembu, memang aku makan tak hingat dunia la. (tapi kena berebut dengan adik beradik la pulak).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: