blogbongok

Mock Casino

In xde kategori on November 24, 2010 at 2:19 am

Wadehel is mock casino? mock casino adalah seketul mini kasino yang ditubuhkan oleh PDRM di sebuah kolej polis di Cheras. Inisiatif penubuhan mock casino ni kononnya untuk memantapkan lagi kualiti penyiasatan dalam mengekang kejadian perjudian. Dengan wujudnya mock wtf casino ini, satu Makmal Latihan Pencegahan Perjudian diwujudkan bagi memberkas konco-konco ahli judi. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, sebanyak RM198,000 telah diperuntukkan bagi mewujudkan makmal itu disamping peralatan dan kelengkapan seperti sebuah mesin serta peralatan roulette,tiga meja perjudian, empat mesin perjudian elektronik (slot machines), chip latihan dan beberapa peralatan perjudian yang lain telah ditaja oleh Genting Malaysia Berhad selaku penaja utama. (sumber: mstar)

Pendek kata, dengan tertubuhnya mock casino, maka terhasilah sekumpulan pakar ahli PDRM dalam perjudian untuk aktiviti ‘undercover’. ‘Tak kenal, maka tak cinta’. Mungkin inilah prisip yang digunapakai. Mungkin setelah anggota yang dilatih mengenai selok belok ni, maka mudahlah ye nak terjah banteras kes perjudian ni. Selok belok dalam kancah perjudian dalam kepala je bo. Persoalan? Benarkah hal ini ditakrifkan sebagai ‘undercover’? walhal tersebar luas di seluruh negara? Perlukah menyebarkan kepada pihak media sekiranya ia dianggap aktiviti sulit?

Jadi? Mari kita renungkan pula apa yang akan berlaku sekiranya hal pembinaan mock casino ini dirahsiakan dari pihak umum? Kita buat satu anggapan di masa akan datang, hal pembinaan mock casino yang dirahsiakan selama  ni ‘terbocor’ dan diketahui umum. Sudah tentu masyarakat akan menuding jari pada pihak PDRM.

Depa (Polis) pun main judi, pastu dah kantoi pura-pura kata tu untuk latihan kunun. Pui,” kata orang kolot.

Aha! fikir-fikirkan lah. Tak salah kita berfikir bahkan merangsangkan sel otak lagi. Aku post ni bukannya apa pun, tak la nak kata sokong sesiapa, ataupun menyindir sesiapa. Tapi agak terkilan melihat komen-komen orang kita di laman-laman tertentu yang asyik-asyik nak mengomen dan mengomen dan mengomen dan mengomen dan mengomen je keje. Otak negatif! haish! awek aku kata, pemikiran kita ni kena positif bo. Ni asyik mengutuk je keje. Try pikir-pikir dulu apa kejadahnya setiap benda yang berlaku. Mesti ada kesan positif bo, kalau dah tak nampak gak kesan positif tu, baru nak marah-marah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: