blogbongok

Perubatan di Malaysia No 1 Dunia

In Fakta bongok, xde kategori on November 13, 2010 at 1:17 am

Malaysia ialah pusat kecemerlangan perubatan sedunia. Perubatan dalam negara kita lebih hebat dari Amerika, Eropah, Jepun, Israel, Australia dan China. Ada sesiapa yang tak berpuas hati dengan kenyataan aku ni? Cuma tiada Nobel prize diberikan kepada orang Malaysia kerana komuniti Nobel prize adalah racist kepada orang Melayu.

Mengapakah negara kita diiktiraf selaku negara perubatan terhebat di dunia? Sebab orang Malaysia telah MENEMUI berpuluh-puluh kaedah perubatan yang boleh menyembuhkan penyakit yang mana orang Barat masih terkapai-kapai untuk mengubatinya. Ubat-ubat tu boleh mengubati KESEMUA penyakit, bukan macam perubatan mat saleh/omputih, SATU UBAT UNTUK SATU PENYAKIT SAHAJA.

Tarak percaya? Lokasi yang paling senang ialah try pergi jalan-jalan kat pasar malam. Tuan-tuan dan puan-puan akan terjumpa pelbagai jenis ubat yang boleh menyembuhkan segala jenis penyakit.

“Ubat Gamat resepi istimewa dari kampung, boleh guna untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari tuan-tuan dan puan-puan.”

“Ya tuan-tuan, gunalah lampu garam bukit dirumah anda, ianya berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi,merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari tuan-tuan dan puan-puan beli lampu saya.”

“Mari beli mesin penapis ionized water berharga RM 2000. Tuan-tuan juga boleh jual mesin ini pada orang lain cara MLM dan mendapat pendapatan berganda-ganda sehingga boleh hantar ibu bapa pegi umrah. Ionized water ini boleh digunakan untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari beli.”

“Ini ubat istimewa dari tanah arab, dibuat daripada pati minyak dhob. Ingat tuan-tuan, kalau dari tanah arab kita kena percaya kerana nabi kita orang arab. Jadi jangan banyak tanya, sapa banyak tanya iman kurang. Ubat minyak dhob ini boleh digunakan untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari tuan-tuan beli, takkan tak pecaya kot? Saya kan pakai kopiah ni.”

“Tuan-tuan puan-puan, ini ubat istimewa yang dibuat oleh akar kayu ramuan nenek moyang. Bukankah nenek moyang kita dulu hebat, tak guna ubat barat pun boleh hidup sampai 100 tahun dan ada 15 anak. Ubat nenek moyang ni mujarab untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Jangan percaya ubat hospital, itu semua agenda yahudi. Gunakan ubat nenek moyang.”

“Mari semua kita beli sabun susu kambing dan syampoo susu kambing dan pil susu kambing yang dibuat khas menggunakan teknologi kambing terkini. Ianya boleh dipakai untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Belum cuba belum tahu.”

Hebatkan industri perubatan Malaysia? Jadi, apa gunanya kita menghantar ramai pelajar ke luar negara? SEPATUTNYA mereka lah yang patut datang ke negara kita belajar bagaimana membuat adunan ubat yang boleh mengubati semua penyakit. Buat kajian berpuluh-puluh tahun, tapi dapat sebijik pil je, itu pun cuma boleh ubat satu penyakit je. Tengok macam kami, boleh buat ubat yang boleh ubati SEMUA penyakit.

Apa lah susah sangat perubatan moden ni. Cet poodah!

 

 

Via Suhaimiramly

  1. hahaha..betul gak tu, hebatnya Malaysia

Leave a comment