blogbongok

Archive for the ‘xde kategori’ Category

I Hate Coca-Cola

In Fakta bongok, xde kategori on November 29, 2010 at 1:21 am

Kalau nak diikutkan banyak kontroversi mengenai minuman coca cola ni. Perhatikan gambar di bawah dan renung-renungkanlah. Aku memang dari dulu tak suka minum air ni, macam-macam la orang kata bahayanya. Tapi kalau ada orang belanja sebat je la. Hahaha! Samaada kebetulan ataupun memang dirancang oleh orang barat? Wallahualam.

Mock Casino

In xde kategori on November 24, 2010 at 2:19 am

Wadehel is mock casino? mock casino adalah seketul mini kasino yang ditubuhkan oleh PDRM di sebuah kolej polis di Cheras. Inisiatif penubuhan mock casino ni kononnya untuk memantapkan lagi kualiti penyiasatan dalam mengekang kejadian perjudian. Dengan wujudnya mock wtf casino ini, satu Makmal Latihan Pencegahan Perjudian diwujudkan bagi memberkas konco-konco ahli judi. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, sebanyak RM198,000 telah diperuntukkan bagi mewujudkan makmal itu disamping peralatan dan kelengkapan seperti sebuah mesin serta peralatan roulette,tiga meja perjudian, empat mesin perjudian elektronik (slot machines), chip latihan dan beberapa peralatan perjudian yang lain telah ditaja oleh Genting Malaysia Berhad selaku penaja utama. (sumber: mstar)

Pendek kata, dengan tertubuhnya mock casino, maka terhasilah sekumpulan pakar ahli PDRM dalam perjudian untuk aktiviti ‘undercover’. ‘Tak kenal, maka tak cinta’. Mungkin inilah prisip yang digunapakai. Mungkin setelah anggota yang dilatih mengenai selok belok ni, maka mudahlah ye nak terjah banteras kes perjudian ni. Selok belok dalam kancah perjudian dalam kepala je bo. Persoalan? Benarkah hal ini ditakrifkan sebagai ‘undercover’? walhal tersebar luas di seluruh negara? Perlukah menyebarkan kepada pihak media sekiranya ia dianggap aktiviti sulit?

Jadi? Mari kita renungkan pula apa yang akan berlaku sekiranya hal pembinaan mock casino ini dirahsiakan dari pihak umum? Kita buat satu anggapan di masa akan datang, hal pembinaan mock casino yang dirahsiakan selama  ni ‘terbocor’ dan diketahui umum. Sudah tentu masyarakat akan menuding jari pada pihak PDRM.

Depa (Polis) pun main judi, pastu dah kantoi pura-pura kata tu untuk latihan kunun. Pui,” kata orang kolot.

Aha! fikir-fikirkan lah. Tak salah kita berfikir bahkan merangsangkan sel otak lagi. Aku post ni bukannya apa pun, tak la nak kata sokong sesiapa, ataupun menyindir sesiapa. Tapi agak terkilan melihat komen-komen orang kita di laman-laman tertentu yang asyik-asyik nak mengomen dan mengomen dan mengomen dan mengomen dan mengomen je keje. Otak negatif! haish! awek aku kata, pemikiran kita ni kena positif bo. Ni asyik mengutuk je keje. Try pikir-pikir dulu apa kejadahnya setiap benda yang berlaku. Mesti ada kesan positif bo, kalau dah tak nampak gak kesan positif tu, baru nak marah-marah.

Selamat Hari Raya Korban

In xde kategori on November 18, 2010 at 9:39 am

Ahhhh..bukan nak tipu la bo, duduk umah 4 hari je, berat badan aku nak naik mendadak 7 kilo. Serius tak tipu, aku baru je timbang tadi. Tak tau la kalau penimbang tu yang tipu aku, tapi memang aku dapat rasa la aku da makin hebat. Jalan p dapur pun dah termengah. Haha!

Kesempatan ni diambil nak ucapkan Selamat Hari Raya Aildiladha kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Tersentuh hati aku apabila menonton satu rancangan di tv9, cita pa ntah, aku pun tak ingat. Tapi mengkisarkan mengenai seorang ustaz yang boleh dikatakan agak berada la, seorang usahawan melayu yang berjaya di negara kita ini membuat korban di salah satu perkampungan Islam di Kemboja. Terharu aku melihat kedaifan dan kesusahan kaum muslim di sana. Sampaikan lembu pun dah pandai berenang merentasi sungai nak ragut rumput. Hoho, mmg cute tengok kepala lembu je terjongol keluar. Punya la payah nak mencari makanan di sana. Kalau kita kat Malaysia ni, kalau dah jadi tokey lembu bo, dah dikira berjaya kan? kiranya boleh la nak jamu anak bini makan pizza hut. Tapi dekat kemboja nun di sana bo, penternak lembu ni tak kaya pun. Ye lah, mana ada orang mampu nak beli daging lembu.

Dipahamkan juga, hanya orang yang pernah bekerja di negara kita ataupun yang mempunyai saudara-mara di sini sahaja yang boleh dikatakan sebagai orang kaya kampung bo! Bayangkan la betapa melimpahnya rezeki di negara kita ni. Itu pun masih ramai yang tidak bersyukur. Apa yang paling menariknya, perkampungan Islam kecil di kemboja ini menggunakan tulisan jawi dan BAHASA MELAYU dalam urusan keagamaan. Agungnya bahasa kita bo!

Jadi, sebab tu la aku makan sampai nak mampos. Nikmat makanan yang kita ada ni jangan dibazirkan. Bak kata pepatah sahabatku, solehin,

“Orang tamak selalu kenyang”

Perghhh..bau sup gear box kat dapur. Banyak daging lembu korban kami dapat. Alhamdulillah. Mana taknya, abah bawak balik sebungkus, mak lagi, angah lagi. Aku plak bawak balik tulang lembu sebanyak yang mungkin. Hoho! gearbox tu menjadi milik aku! Mak aku tengah masak tu. Siap la ngko tulang lembu, memang aku makan tak hingat dunia la. (tapi kena berebut dengan adik beradik la pulak).

Perubatan di Malaysia No 1 Dunia

In Fakta bongok, xde kategori on November 13, 2010 at 1:17 am

Malaysia ialah pusat kecemerlangan perubatan sedunia. Perubatan dalam negara kita lebih hebat dari Amerika, Eropah, Jepun, Israel, Australia dan China. Ada sesiapa yang tak berpuas hati dengan kenyataan aku ni? Cuma tiada Nobel prize diberikan kepada orang Malaysia kerana komuniti Nobel prize adalah racist kepada orang Melayu.

Mengapakah negara kita diiktiraf selaku negara perubatan terhebat di dunia? Sebab orang Malaysia telah MENEMUI berpuluh-puluh kaedah perubatan yang boleh menyembuhkan penyakit yang mana orang Barat masih terkapai-kapai untuk mengubatinya. Ubat-ubat tu boleh mengubati KESEMUA penyakit, bukan macam perubatan mat saleh/omputih, SATU UBAT UNTUK SATU PENYAKIT SAHAJA.

Tarak percaya? Lokasi yang paling senang ialah try pergi jalan-jalan kat pasar malam. Tuan-tuan dan puan-puan akan terjumpa pelbagai jenis ubat yang boleh menyembuhkan segala jenis penyakit.

“Ubat Gamat resepi istimewa dari kampung, boleh guna untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari tuan-tuan dan puan-puan.”

“Ya tuan-tuan, gunalah lampu garam bukit dirumah anda, ianya berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi,merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari tuan-tuan dan puan-puan beli lampu saya.”

“Mari beli mesin penapis ionized water berharga RM 2000. Tuan-tuan juga boleh jual mesin ini pada orang lain cara MLM dan mendapat pendapatan berganda-ganda sehingga boleh hantar ibu bapa pegi umrah. Ionized water ini boleh digunakan untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari beli.”

“Ini ubat istimewa dari tanah arab, dibuat daripada pati minyak dhob. Ingat tuan-tuan, kalau dari tanah arab kita kena percaya kerana nabi kita orang arab. Jadi jangan banyak tanya, sapa banyak tanya iman kurang. Ubat minyak dhob ini boleh digunakan untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Mari tuan-tuan beli, takkan tak pecaya kot? Saya kan pakai kopiah ni.”

“Tuan-tuan puan-puan, ini ubat istimewa yang dibuat oleh akar kayu ramuan nenek moyang. Bukankah nenek moyang kita dulu hebat, tak guna ubat barat pun boleh hidup sampai 100 tahun dan ada 15 anak. Ubat nenek moyang ni mujarab untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Jangan percaya ubat hospital, itu semua agenda yahudi. Gunakan ubat nenek moyang.”

“Mari semua kita beli sabun susu kambing dan syampoo susu kambing dan pil susu kambing yang dibuat khas menggunakan teknologi kambing terkini. Ianya boleh dipakai untuk merawat sakit buah pinggang, kanser, sakit jantung, sakit perut, resdung, gout, sakit sendi tulang, sakit hati, pening kepala, darah tinggi, merampingkan pinggang, menambahkan seri muka, dan menguatkan tenaga batin. Belum cuba belum tahu.”

Hebatkan industri perubatan Malaysia? Jadi, apa gunanya kita menghantar ramai pelajar ke luar negara? SEPATUTNYA mereka lah yang patut datang ke negara kita belajar bagaimana membuat adunan ubat yang boleh mengubati semua penyakit. Buat kajian berpuluh-puluh tahun, tapi dapat sebijik pil je, itu pun cuma boleh ubat satu penyakit je. Tengok macam kami, boleh buat ubat yang boleh ubati SEMUA penyakit.

Apa lah susah sangat perubatan moden ni. Cet poodah!

 

 

Via Suhaimiramly

Dr Rozmey ‘Just Mate 5’

In Fakta bongok, xde kategori on November 11, 2010 at 1:18 pm

Aha! siapa yang tak kenal dengan Datuk Dr Rozmey Che Din a.k.a Rozmey Cendawan? Jutawan produk ‘Just mate 5’ dan juga pernah menerbitkan filem ‘2 alam”.  Kepada sesiapa yang tak kenal tu maka layaklah anda keluar dari Malaysia. Tak kan lah mamat ni pun tak kenal. hahaha

Antara fakta menarik tentang Dr Rozmey ni:-

  • Seorang pakar perbidanan dan pakar sakit puan sebelum bertukar menjadi tokey ‘Jus Mate 5’
  • Melabur lebih RM 2.5 juta untuk filem ‘2 alam’.
  • Diiktiraf  ‘Ikon Juara Rakyat’ kerana terdapat lebih 200 ribu orang penyokong ‘just mate 5’
  • 300 staf dan 4 wartawan bertugas untuk promosi jenama ‘dR Rozmey’
  • Sasar pencapaian billion ringgit pada 2013. mak aih
  • Selesa digelar mat rambut cendawan ‘doktor’
  • Tidur 4 jam sehari
  • Ilhamkan program realiti tv ‘Akademi Langsing Just Mate 5 Jutawan Dr Rozmey’
  • Anak kelahiran kelantan
  • Tun Dr Mahathir adalah idola Dr Rozmey. Apa yang menjadi kenangan manis beliau bersama Dr Mahathir ialah sewaktu Tun melawat klinik beliau sebelum beliau bergelar jutawan, Tun menulis dalam buku pelawat “Tahniah, saya yakin kamu akan berjaya!!”

Sumber: mstar

Hebatkan jutawan ni? Masin mulut Tun Mahathir, kan dah berjaya. Aku pun coba la google lagi pasal Dr ni, tapi bila taip je ‘Dr Rozmey’, macam-macam yang keluar. lol!

Yang ni lagi satu kes, terjumpa satu laman ‘fans’ di facebook ‘Kami Yakin RM40 juta Dr.Rozmey Tak Tercapai‘. Banyak komen-komen yang menghiburkan hati, sakit perut gelak. Hadoyai!!

No komen. Ahaha! Janji kaya ye Dr Rozmey. Ada masa tu buat la sikit amal jariah sedekah kat mangsa banjir ke, tak pun tolong ribuan lagi rakyat Malaysia yang tak bayar hutang ptptn lagi tu.

Teka-teki

In Lawak bongok, xde kategori on November 9, 2010 at 1:44 am

Yo Assalamualaikum. Jawab la salam ngok. Tahukah anda apabila seseorang memberi salam secara terus kepada kita melalui kata-kata dan kita mendengar salam tersebut, maka WAJIBLAH kita menjawab salam tersebut sehingga org yg memberi salam tersebut mendengar ucapan salam kita kembali. Ye, betul, xtipu. Ada aku penah tipu? Mungkin selalu kita berfikir, “jawab dalam hati sudah…” Tak boleh oooo, ni pesanan ustaz skolah aku dulu.

Saja bosan-bosan bila otak dah tepu study (aku xtipu ni! serius aku study ni!!Monkey Winks) teringat kat atuk aku. Alkisah, wan aku ni seorang yang bijak dan kuat daya ingatan. Dulu mak aku cakap dia sekolah sampai SRP je sbb masalah kewangan, org dulu-dulu bo, mana ada duit. Tu motong gotah je skrg. Dulu ingat lagi aku wat kerja skolah matematik masa tingkatan brapa ntah, kunun2 nak tunjuk kuat belajar la kunun, last2 extend gak, wan aku rileks je jawab soalan tu. congak lak tu. perbezaan matematik zaman Tanah Melayu dengan matematik zaman Malaysia.

Ok2, ni antara teka-teki yang pernah diberi oleh beliau:-

1) Apakah perbezaan gajah dengan kain pelekat cap gajah?

2) Masuk segitiga keluar gulung-gulung?

3) Kenapa hidung kita terletak di tengah muka?

Haa..jawab la ngok! Dah la, da bongok tu bongok gak, ni jawapannya:-

1) perbezaan gajah dgn kain pelekat cap gajah—> gajah belalai di luar, kain pelekat cap gajah belalai di dalam

2) seluar dalam. masa kita pakai kan bentuknya segitiga, kita cabut buang jadi la gulung-gulung. HAHAHAHAHAHAHA!

Monkey Winks

3) sebab nak letak spek mata

.

Warna-warni kehidupan

In xde kategori on November 1, 2010 at 8:26 am

Aha! sapa mau test tahap kebongokan diri sendiri? Ok2, camni arahannya..Try sebut APAKAH WARNA bagi perkataan di bawah, BUKAN MEMBACA PERKATAAN TU, tapi SEBUT WARNA perkataan tersebut. paham?

Funny Animated GIFs - Testosterone runs high on the bridge
paham??

 

KUNING

BIRU

OREN

HITAM

MERAH

HIJAU

UNGU

KUNING

MERAH

OREN

HIJAU

HITAM

 

Hah, dah2, tak payah nak try banyak-banyak kali, ada gak yang nak sebut warna satu perkataan tu pun terkebil-kebil nak dekat seminit. da bongok tu bongok gak. terima je la kenyataan.

Crazy Rabbit Icons

 

Hotak ku bongok

In xde kategori on October 28, 2010 at 7:44 am

dah lama aku impikan perasaan ini..

Crazy Rabbit Emoticon

apakah?

sakit saraf tunjang otak sereblum kiri..

Crazy Rabbit Icon

sebab?

study melampau-melampau!

Crazy Rabbit Icon

aik? rasanya study tu xsmpai pun 3 jam..dota je lebih?

aah. betul gak. mana lu tau?

Crazy Rabbit Emoticons

Tengok facebook la macha. zaman skrg kan manusia nak wat apa2 pun senantiasa update status fb beliau. tol x?

ohh..matahari da terbit! masa untuk tidurrr <—-(tuka topik)

Crazy Rabbit Emoticon

ok, jumpa malam nanti

weh

Crazy Rabbit Emoticon

ye?

xleh tido

Crazy Rabbit Emoticon

abistu?

tolong bantu aku tidur..

ok

 


Crazy Rabbit Icons

Lawak bongok- Kartun

In Lawak bongok, xde kategori on October 28, 2010 at 2:24 am

Hah! ingat otak tu mesin bancuh ABC nk study xhenti2?? rehat2 sama bro. kalu force sangat study nk menghafal ayat2 yg ntah korang sendiri xphm tu lama2 jadi bongok.  xtipu ni, ko mmg bongok!! Ha laaa!! aku ckp kat ngko la!!! yg tengok2 blakang2 tu apahal bongok??? onion MSN smileys

Eh eh, jgn terkesima plak, ayat di atas tu hanyalah contoh salah satu kes yg berlaku akibat study melampau-termelampau. 

Jgn study last minit, ingat tu anak-anakku. Dah, lepas baca g sambung wat keja.

Read the rest of this entry »

kelawar man

In Lawak bongok, xde kategori on October 27, 2010 at 8:24 am

bila matahari menjelma tibalah masa untuk tidur!

Read the rest of this entry »